Friday 6 May 2016

Preview Tone Excel Branch Kota Damansara Group MMGUIA 6-Mei-2016



Alhamdulillah sempat juga saya singgah kejap di preview Tone Excel yang dikendalikan Mastermind Group UIA, group yang diasaskan oleh Branch Tone Excel yang hebat, master Naim. Majoriti yang datang preview Tone Excel ni memang majoriti nya yang sudah pun jadi ahli Tone Excel, atau dalam kata yang lain, dah pun guna simkad Tone Excel :)


Dah join Tone Excel tapi masih juga datang preview Tone Excel untuk dengar benda basic, tak buang masa ke? Semestinya tak buat masa sebab bila datang preview ni, kita dapat recharge semula motivasi & ilmu kita tentang selok belok perniagaan Tone Excel ni, dan part yang paling penting sekali dalam mana-mana preview Tone Excel ialah bahagian sesi sharing oleh ahli-ahli Tone Excel yang dah berjaya dapat income 4~5 angka sebulan. Ilmu & tips percuma dari ahli-ahli Tone Excel yang dah berjaya, memang berbaloi!


Untuk tahu preview Tone Excel yang terdekat dengan tempat anda, boleh KLIK SINI.


Okay, jom saya share sikit tips yang saya dapat dalam preview Tone Excel kali ni. Sesi sharing kali ni ialah dari tuan Hafidz, tuan Asyraf ( bukan saya ya :) ), dan tuan Mas'ub.


Tips daripada tuan Hafidz (Income sekarang RM30,000+ sebulan):

  1. Nak berjaya dalam bisnes Tone Excel, wajib ada TARGET. Target sekurang-kurangnya untuk menaja 10 orang level-1 setiap bulan. Rasa macam susah kan? Memang susah, sebab tu mesti wujudkan keadaan "keterpaksaan". Ibarat nak lompat pagar yang tinggi memang susah dalam keadaan yang biasa, tapi bila ada anjing-anjing yang mengejar dari belakang, mudah je nak panjat pagar tu ~ Jadi apa "anjing-anjing" yang mengejar kita? Apa yang mendesak kita untuk terpaksa berjaya?
  2.  Mesti konsisten. Bila dah target untuk taja 10 orang level-1 setiap bulan, mesti buat setiap bulan, jangan kurang dari target yang dah ditetapkan!


Tips daripada tuan Asyraf @ Acap (Income sekarang RM10,000+ sebulan):

  1. Mesti ada M.E.S.T.I: Mentor; Elmu (Emosi + Ilmu); Strategi atau Sistem; Tindakan; Istiqomah (konsisten).
  2. Untuk yang baru mula, target untuk daftarkan simkad Tone Excel pada family terdekat dahulu, terutamanya mak & ayah sendiri, dan adik beradik, supaya komisyen boleh masuk dalam akaun bank kita & boleh dijadikan testimoni sendiri. Bila dah ada testimoni sendiri, maka kita akan bertambah yakin untuk cerita atau sharing tentang Tone Excel ni pada orang lain.


Tips daripada tuan Mus'ab (Income sekarang RM30,000+ sebulan):

  1. Bila kita dah buat dan mulakan satu-satu bisnes tu, mesti buat sampai jadi. Tone Excel juga ialah satu bisnes.
  2. Bila kita dah mula belajar satu ilmu, termasuk ilmu bisnes Tone Excel ni, kita ada tanggungjawab untuk belajar sampai jadi pakar & selepas tu, kita ke next level, iaitu mengajar orang lain ~
  3. Pantau downline yang dah join kita. Selagi komisyen bulanannya belum capai RM200 sebulan, selagi tu kita kena follow-up dan guide dia, sampai dia boleh. Selalunya bila komisyen dah capai RM200, memang dia akan boleh bergerak sendiri, in shaa Allah.


Okay ini saja tips yang saya sempat catit. Semoga bermanfaat ya~