Friday 6 May 2016

Preview Tone Excel Branch Kota Damansara Group MMGUIA 6-Mei-2016



Alhamdulillah sempat juga saya singgah kejap di preview Tone Excel yang dikendalikan Mastermind Group UIA, group yang diasaskan oleh Branch Tone Excel yang hebat, master Naim. Majoriti yang datang preview Tone Excel ni memang majoriti nya yang sudah pun jadi ahli Tone Excel, atau dalam kata yang lain, dah pun guna simkad Tone Excel :)


Dah join Tone Excel tapi masih juga datang preview Tone Excel untuk dengar benda basic, tak buang masa ke? Semestinya tak buat masa sebab bila datang preview ni, kita dapat recharge semula motivasi & ilmu kita tentang selok belok perniagaan Tone Excel ni, dan part yang paling penting sekali dalam mana-mana preview Tone Excel ialah bahagian sesi sharing oleh ahli-ahli Tone Excel yang dah berjaya dapat income 4~5 angka sebulan. Ilmu & tips percuma dari ahli-ahli Tone Excel yang dah berjaya, memang berbaloi!


Untuk tahu preview Tone Excel yang terdekat dengan tempat anda, boleh KLIK SINI.


Okay, jom saya share sikit tips yang saya dapat dalam preview Tone Excel kali ni. Sesi sharing kali ni ialah dari tuan Hafidz, tuan Asyraf ( bukan saya ya :) ), dan tuan Mas'ub.


Tips daripada tuan Hafidz (Income sekarang RM30,000+ sebulan):

  1. Nak berjaya dalam bisnes Tone Excel, wajib ada TARGET. Target sekurang-kurangnya untuk menaja 10 orang level-1 setiap bulan. Rasa macam susah kan? Memang susah, sebab tu mesti wujudkan keadaan "keterpaksaan". Ibarat nak lompat pagar yang tinggi memang susah dalam keadaan yang biasa, tapi bila ada anjing-anjing yang mengejar dari belakang, mudah je nak panjat pagar tu ~ Jadi apa "anjing-anjing" yang mengejar kita? Apa yang mendesak kita untuk terpaksa berjaya?
  2.  Mesti konsisten. Bila dah target untuk taja 10 orang level-1 setiap bulan, mesti buat setiap bulan, jangan kurang dari target yang dah ditetapkan!


Tips daripada tuan Asyraf @ Acap (Income sekarang RM10,000+ sebulan):

  1. Mesti ada M.E.S.T.I: Mentor; Elmu (Emosi + Ilmu); Strategi atau Sistem; Tindakan; Istiqomah (konsisten).
  2. Untuk yang baru mula, target untuk daftarkan simkad Tone Excel pada family terdekat dahulu, terutamanya mak & ayah sendiri, dan adik beradik, supaya komisyen boleh masuk dalam akaun bank kita & boleh dijadikan testimoni sendiri. Bila dah ada testimoni sendiri, maka kita akan bertambah yakin untuk cerita atau sharing tentang Tone Excel ni pada orang lain.


Tips daripada tuan Mus'ab (Income sekarang RM30,000+ sebulan):

  1. Bila kita dah buat dan mulakan satu-satu bisnes tu, mesti buat sampai jadi. Tone Excel juga ialah satu bisnes.
  2. Bila kita dah mula belajar satu ilmu, termasuk ilmu bisnes Tone Excel ni, kita ada tanggungjawab untuk belajar sampai jadi pakar & selepas tu, kita ke next level, iaitu mengajar orang lain ~
  3. Pantau downline yang dah join kita. Selagi komisyen bulanannya belum capai RM200 sebulan, selagi tu kita kena follow-up dan guide dia, sampai dia boleh. Selalunya bila komisyen dah capai RM200, memang dia akan boleh bergerak sendiri, in shaa Allah.


Okay ini saja tips yang saya sempat catit. Semoga bermanfaat ya~


Tuesday 19 January 2016

Preview Tone Excel Shah Alam

Alhamdulillah, sempat juga saya singgah di preview Tone Excel di Branch Shah Alam yang dikendalikan oleh tuan Azmera. Sembang-sembang secara santai tapi padat dengan motivasi perniagaan, tips & strategi bisnes Tone Excel.


Jom saya kongsikan 17 pengajaran & tips yang saya dapat dari perkongsian ilmu tuan Azmera:




#1: Tone Excel ni "Networking Business", berbeza dengan jual barang atau "one-off trading". Downline yang kita taja tu, akan jadi business partner kita sampai bila-bila, bukannya lepas taja, terus tinggal macam jual barang pada customer, terus tak contact dah customer yang beli barang tu!


#2: Mesti ada target dalam apa-apa bisnes, termasuk Tone Excel. Ini tips khas bagi yang Muslim, kalau komisyen bulanan Tone Excel dah cecah 5 angka, usahakan untuk simpan at least RM10,000 sebulan di Tabung Haji, supaya dividen tahunan 6% tu nanti akan jadi dalam lebih kurang RM6,000, umrah FREE setiap tahun! Tapi sebelum tu, usahakan dulu secepat mungkin untuk pergi haji.


#3: Bila jumpa prospek buat table talk, tak perlu pening-pening nak cerita semua kelebihan simkad Tone Excel ni, cukup cerita yang simkad Tone Excel ni boleh buat duit. "Ini simkad boleh buat duit" ulang je cerita pasal buat duit tu sampai habis. Bayangkan kalau kita dah ajak prospek, kita cakap ada bisnes baik punya boleh buat duit, tiba-tiba kita cerita pasal insurans, tak ke pening prospek tu? Kalau dia nak tahu kelebihan Tone Excel yang lain, suruh je prospek tu baca sendiri dalam buku.




#4: Sambil buat bisnes Tone Excel ni, kalau nampak peluang untuk buat bisnes lain tu, buat lah. Tapi ingat, bisnes lain tu jangan dalam kategori bisnes networking macam Tone Excel jugak. Jika tidak, ia akan membunuh bisnes Tone Excel anda & juga network Tone Excel anda. Kalau bisnes buka kedai dobi ke, atau jual produk makanan ke, yang tak melibatkan networking tu tak apa.


#5: Cuba teka gaji seorang General Manager atau CEO, bila umur dia dah 61 tahun, berapa? Sure ramai yang tak percaya dengan jawapan ni, gajinya RM0.00, sebab dah kena resign. Selama ni dia bekerja penat-penat, pangkat GM atau CEO dia tu boleh diwariskan tak pada anak-anak, cucu-cicit dia? Ini tak sama langsung dengan bisnes Tone Excel, komisyen atau "gaji" bulanan boleh diwariskan terus ke anak, cucu, cicit & generasi seterusnya.


#6: Bisnes Tone Excel bukan Multi-Level Marketing (MLM) sebab Tone Excel ni bukan skim piramid, di mana orang bawah penat-penat kerja, orang atasan goyang kaki je dapat untung. Tone Excel ni networking business. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Kalau downline kerja lebih kuat, dia boleh potong income upline dia!


#7: Dua matlamat asas kita bila join bisnes Tone Excel ni. Pertama, untuk dapat income yang berterusan (passive income). Kedua, untuk capai status bebas kewangan (financial freedom). Ramai ahli Tone Excel dah capai matlamat yang pertama, tapi ramai yang masih belum capai matlamat kedua. Kenapa? Sebab dapat komisyen Tone Excel lebih sikit, terus beli kereta besar-besar, padahal, pakai kereta biasa-biasa pun jadi, yang penting beli hartanah dulu, beli rumah pastu kasi sewa. Hasil keuntungan rumah sewa tadi tu lah baru kita guna untuk beli kereta mewah!.


#8: Nak jadi networker yang bagus, kena hiburkan hati semua orang, termasuk lah bakal downline Tone Excel kita. Jadi bila dah close prospek kita jadi downline level-1 Tone Excel kita, belanja la dia makan minum lebih sikit, guna bajet bonus fast-track RM20 Tone Excel tu untuk hiburkan hati dia.


#9: Kalau nak tahan lama dalam satu-satu bisnes tu, kita kena buat bisnes tu atas dasar kita cintakan bisnes tu, dan bukannya atas sebab semangat je. Semangat ni boleh berubah-ubah, ada masa naik ada masa turun. Tapi kalau cinta, susah macam mana pun, tetap kita akan buat dan tak hiraukan kesusahan tu. Samalah dengan bisnes Tone Excel kan. Kita kena cintakan bisnes Tone Excel ni, baru boleh pergi jauh.




#10: Susah ke buat Tone Excel? Mudah je sebenarnya. Kita cuma perlu cari 5 orang je dulu, yang topup RM30 sebulan (Tone Excel topup RM30 sekali topup akan dapat internet 1GB FREE untuk 30 hari + 107 minit call). Lepas tu kita cerita la pada 5 orang tu, suruh dia buat benda sama, cari 5 orang jugak yang topup RM30. Cakap kat yang 5 orang tu, cari dalam masa 5 bulan pun tak apa (sebulan seorang). Selalunya bila cakap macam ni pada downline kita, tak sampai 5 bulan mesti dah cukup 5 orang tajaan dah. Sebab apa? Secara phsychology ni orang suka buat benda yang dia rasa mudah.




#11: Lebih baik kita taja jumlah downline yang sikit tapi berkualiti. Nanti mudah untuk kita follow-up dan ajar dia teknik duplikasi & orang yang berkualiti ni selalunya akan dapat buat lebih baik. Dalam Tone Excel ni, kalau kita dapat 2 orang saja downline level-1 yang berkualiti, duduk diam-diam pun dah boleh dapat income 4 angka sebulan!


#12: Downline Tone Excel kita, tak kira lah level berapa pun, jangan panggil dia downline depan dia, nanti dia rasa "down", tapi panggil dia "business partner" atau "rakan niaga".


#13: Ikut statistik, biasanya user Tone Excel ni, kalau lebih 6 bulan dia kekal masih guna simkad Tone Excel, dia sangat berpotensi untuk buat bisnes Tone Excel ni secara serius.


#14: Sentiasa positif, bila rasa susah nak close orang, cakap dalam hati, "Aku boleh! Aku boleh! Aku boleh!".


#15: Alang-alang genggam handphone, biar dapat duit.
Alang-alang beli topup, biar berhasil.


#16: Anggap bisnes Tone Excel ni satu perjuangan, perjuangan untuk capai matlamat macam yang diterangkan dalam #7 di atas tu. Berjuang sampai bila? Sampai kita semua tak guna handphone.


#17: Memang call, SMS & internet rate Tone Excel mahal kalau nak dibandingkan dengan Tune Talk biasa, tapi, anggaplah ia kos bisnes anda. Bisnes yang boleh membawa keuntungan berganda-ganda. Mahal tak apa, asalkan dapat pulangan berganda!




Sekian saja blog post saya untuk kali ini. Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca. Saya harap perkongsian tips dari preview Tone Excel branch Shah Alam ni dapat membantu memotivasikan ahli-ahli rakan niaga Tone Excel semua.